Pages

Tuesday, August 21, 2012

Amaran Obama, AS akan 'serang' jika Syria guna senjata kimia


 Presiden Barack Obama
Presiden Barack Obama
WASHINGTON - Presiden Barack Obama memberi amaran Syria akan berhadapan dengan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) jika negara menggunakan senjata kimia.
Ia merupakan amaran secara langsung yang pertama Obama ke atas Presiden Syria Bashar al-Assad, kata laporan New York Times.
Syria berhadapan dengan konflik yang berlarutan buat bulan ke-18.
Amaran Obama itu meningkatkan tekanan ke atas Bashar selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengakhiri mandat di Syria kelmarin.
"Kita tidak boleh ada satu situasi di mana senjata kimia atau biologi jatuh ke tangan yang salah," kata Obama pada sidang media tanpa persediaan di White House, semalam.
"Kami sangat jelas dengan rejim (Bashar) Assad, begitu juga dengan pihak-pihak lain di lapangan, bahawa garisan merah bagi kami ialah, kami sudah mula melihat sejumlah senjata mula digerakkan ataupun sudah mula digunakan," kata beliau sambil menambah, "(keadaan) itu mengubah perhitungan saya."
Obama yang bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan November ini berkata, pegawai-pegawai AS sedang memantau situasi dengan "rapi" dan sedang mempertimbangkan beberapa pelan kontigensi.

No comments:

Post a Comment