Pages

Saturday, July 14, 2012

Wang kertas, resit ada racun

Washington: Beberapa mata wang kertas dan resit tunai yang dicetak pada kertas termal dilaporkan dikesan mempunyai tahap bisphenol-S (BPS), pengganti kepada bahan bisphenol-A atau BPA, yang kedua-dua adalah bahan toksik berbahaya kepada kesihatan, kata satu kajian terbaru.

BPS berkait rapat dengan BPA, dengan beberapa kesan persamaan estrogen yang sama dan persoalan yang timbul mengenainya sama ada ia selamat digunakan.
Estrogen adalah sejenis hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem reproduktif dan perkembangan janin. Kajian terhadap haiwan menunjukkan bahawa BPA boleh menyebabkan kerosakan genetik, selain menjadi penyebab kanser, diabetes dan obesiti. 

“Amat sedikit diketahui mengenai BPS dalam alam sekitar,” kata profesor analisis kimia organik, Kurunthachalam Kannan dari Jabatan Kesihatan Umum, Sains Kesihatan Alam Sekitar, Amerika Syarikat yang mengetuai kajian dilaporkan dalam jurnal Environmental Science and Technology.

Dalam analisis pertama dilakukan terhadap 16 jenis kertas dari Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan Vietnam, mereka mengesan BPS dalam semua kertas resit yang diuji, 87 peratus daripadanya adalah sampel mata wang kertas manakala 52 peratus membabitkan kertas yang dikitar semula. - Agensi

No comments:

Post a Comment