Pages

Thursday, July 5, 2012

Tedung selar bersarang di siling

Tedung selar bersarang di siling
Tedung selar sepanjang empat meter berjaya ditangkap JPAM di kampung Banggol Judah.
MACHANG - Dua lelaki di sini, terkejut apabila haiwan disangka biawak di atas siling rumah mereka rupanya ular tedung selar.

Mereka mula menyedarinya apabila ternampak kepala haiwan tersebut ketika mencuci rumah.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Machang, Mohd Razman Ramli berkata, ular tersebut dipercayai bersembunyi di sana agak lama berdasarkan penemuan pelbagai bangkai.

Katanya, operasi menangkap ular itu memakan masa hampir empat jam apabila ular tersebut bersembunyi di atas siling hingga memaksa anggotanya memecahkan syiling bagi memudahkan tangkapan.

“Ular itu dianggarkan seberat 10 kilogram dengan panjang, empat meter. Ia merupakan, antara tangkapan terbesar pada tahun ini.

“Operasi ini melibatkan empat anggota JPAM dan berjalan dengan lancar walaupun menghadapi kesukaran apabila ia bersembunyi di atas siling rumah,” katanya.

Mohd Razman berkata, sepanjang bulan lalu, sebanyak empat ekor ular tedung selar berjaya ditangkap berdasarkan aduan penduduk.

Katanya, kes melibatkan tangkapan ular antara yang tertinggi yang mana, 50 ekor ular berjaya ditangkap pada bulan lalu.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), JPAM Machang di talian 09- 9750262 atau 09-9750260 bagi mendapatkan bantuan di saatsaat kecemasan.

“PKOD beroperasi 24 jam dengan menawarkan pelbagai bantuan kecemasan sama ada kemalangan jalan raya, tempat kerja, kebakaran, lemas, tangkapan ular, memusnahkan sarang serangga dan pelbagai jenis kecemasan,” katanya.

Mohd Razman berkata, JPAM mempunyai peralatan yang mencukupi serta kakitangan terlatih dalam usaha membantu orang ramai. Tedung selar bersarang di siling - Kelantan - Sinar Harian:

No comments:

Post a Comment