Pages

Wednesday, July 25, 2012

Syria letak senjata kimia di sempadan

BEIRUT: Kerajaan Syria memindahkan senjata kimia ke lapangan terbang di sempadannya, kata Tentera Syria Merdeka (FSA) semalam, sehari selepas Damsyik memberi amaran akan menggunakannya jika diserang kuasa luar.

Kami tahu lokasi dan kedudukan senjata berkenaan. Kami juga mendedahkan Presiden Bashar al-Assad memindahkan sebahagian senjata dan peralatan untuk komponen campuran kimia ke lapangan terbang di sempadan, dakwa FSA.

Mereka berkata, senjata itu dihantar ke sempadan selepas masyarakat antarabangsa mendesak Bashar meletak jawatan kerana rakyat bangkit memberontak menentang pemerintahannya sejak 16 bulan lalu.
Apa yang kami tahu, pemerintah mula memindahkan stok senjata pemusnah besar-besaran beberapa bulan lalu dengan matlamat menentang tekanan serantau dan masyarakat antarabangsa, kata FSA.

Namun, mereka percaya, Bashar tidak akan menggunakan senjata itu terhadap Israel.

Beri amaran

Mereka tidak lancar walau satu peluru terhadap Israel dalam masa tiga dekad dan pasti tidak akan menggunakan senjata kimia ke atas negara itu, kata kenyataan lagi.
Syria membuat kenyataan terbuka mengenai stok senjata kimianya buat kali pertama kelmarin, dengan jurucakap Menteri Luar, Jihad Makdissi, memberi amaran ia akan digunakan jika kuasa luar menyerang.

Syria tidak akan gunakan senjata kimia atau senjata bukan konvensional lain terhadap penduduk awam dan cuma akan menggunakannya dalam kes serangan luar.

Kecaman dunia

Sebarang stok senjata kimia mungkin ada, dan tidak akan digunakan ke atas rakyat, katanya sambil menambah jika serangan luar dilancarkan, panglima tentera akan memutuskan bila dan bagaimana untuk menggunakannya.

Kenyataan itu mencetuskan kecaman antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dengan Presiden Barack Obama memberi amaran Syria tidak menggunakan senjata itu. Makdissi kemudian menarik balik kenyataan itu.
AFP

No comments:

Post a Comment