Pages

Monday, July 9, 2012

Status Parlimen: Mahkamah tolak perintah Presiden Mesir

Status Parlimen: Mahkamah tolak perintah Presiden Mesir - Global - Sinar Harian:

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir menolak perintah Presiden Mohammed Mursi yang semalam mengarahkan agar Parlimen bersidang semula atas alasan keputusannya adalah muktamad.
Mahkamah yang bersidang hari ini memutuskan bahawa keputusan dan perintahnya adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
Ekoran perintah Mohammed semalam, Speaker Parlimen telah meminta agar ahli-ahli Parlimen menghadiri satu sidang esok.
Presiden Mesir berkata, dewan perwakilan seharusnya berfungsi sehingga satu pilihan raya umum yang baru diadakan.
Sebanyak 17 kes difailkan di mahkamah ekoran keputusan Presiden Mohammed semalam, kata mahkamah hari ini.
Para peguam akan membincangkan perkara itu esok.
"Saya menjangkakan mahkamah akan memutuskan untuk menolak perintah presiden, esok," kata Aly Hassan, perunding kehakiman di Kementerian Keadilan.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment