Pages

Saturday, July 14, 2012

Saudi benar atlet wanita sertai Olimpik

Saudi benar atlet wanita sertai Olimpik
Atlet Arab Saudi gigih berlatih sebelum temasya Olimpik 2012 yang akan berlangsung minggu depan.
JEDDAH - Sukan Olimpik London 2012 melakar sejarah, apabila buat pertama kali, ia disertai dua atlet wanita Arab Saudi berbanding sebelum ini hanya atlet lelaki dibenarkan untuk beraksi.

Mereka adalah atlet judo, Wodjan Ali Seraj Abdulrahim Shahrkhani dan olahraga 800 meter, Sarah Attar.

Sarah Attar berkata, beliau berasa bangga dapat mewakili negaranya buat kali pertama dan berharap akan lahir ramai lagi atlet wanita dari negaranya.

"Sikap terbuka ini boleh melahirkan ramai atlet wanita profesional," katanya.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Olimpik Saudi, Putera Nawaf Faisal berkata, atlet wanita yang mengesahkan tempat ke kejohanan itu dikenakan syarat ketat seperti berpakaian sederhana, perlu diiringi penjaga lelaki setiap masa dan tidak bergaul dengan lelaki.

“Atlet wanita perlu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tangan juga dibenarkan berpakaian ketat yang selesa terutama bagi acara olahraga,” katanya.

Tahukah Anda?
Undang-undang Arab Saudi menggariskan syarat terhadap wanita antaranya:
- Wajib memakai jubah hitam dan tudung ketika berada di tempat awam.
- Haram memandu kereta sendiri dan tidak dibenarkan menjalankan perniagaan sendiri.
- Tidak dibenarkan berada dalam bangunan utama kerajaan.
- Tidak dibenarkan melancong ke luar negara tanpa kebenaran daripada penjaga yang diberi kuasa oleh kerajaan.

No comments:

Post a Comment