Pages

Tuesday, July 17, 2012

Rombongan Hillary disambut tomato, kasut

ISKANDARIAH: Penunjuk perasaan melontar tomato dan kasut ke arah rombongan kenderaan Hillary Clinton ketika Setiausaha Negara AS itu mengadakan lawatan pertama ke Mesir sejak rakyat memilih Dr Mohamed Mursi sebagai presiden.
Sebiji tomato terkena muka pegawai Mesir, manakala kasut dan botol air berterbangan berhampiran kereta membawa delegasi Hillary selepas dia menyampaikan ucapan mengenai hak demokratik. Seorang pegawai kanan AS berkata, tiada sesiapa atau kenderaan terkena balingan berkenaan. Penunjuk perasaan juga menjeritkan “Monica! Monica!” - merujuk kepada kekasih suami Hillary ketika dia menjadi Presiden AS.

Sesetengah penunjuk perasaan turut melaungkan kata-kata menghalau Hillary. Tidak dapat dipastikan siapa penunjuk perasaan itu atau apa pendirian politik mereka. - Reuters

No comments:

Post a Comment