Pages

Monday, July 9, 2012

Renjer maut, penduduk parah ditembak ketika kenduri kahwin

myMetro | Renjer maut, penduduk parah ditembak ketika kenduri kahwin:
"PATTANI: Seorang renjer separa tentera ditembak mati dan seorang penduduk cedera parah ketika menghadiri majlis perkahwinan di daerah Rangae di wilayah Pattani, semalam.

Insiden itu terjadi kira-kira jam 11 pagi di depan lebih 100 orang tetamu.


Polis berkata, Sarjan Mejar Manase Yuso yang bertugas dengan Syarikat Renjer 46 sedang duduk di meja bersama isterinya dan penduduk kampung lain dalam majlis perkahwinan di Ban Bongo, daerah Rangae apabila seorang lelaki berjalan ke arahnya dan melepaskan satu das tembakan ke kepalanya dengan pistol 9mm, membunuhnya serta-merta. Sementara itu, penduduk, Sainuding Waeha yang bergegas untuk membantu Yuso ditembak dengan dua das tembakan mengenai rusuk kirinya oleh seorang lagi penyerang yang berdiri tidak jauh darinya. Sainuding mengalami cedera parah. - BP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment