Pages

Tuesday, July 31, 2012

Perbezaan dasar Russia, Barat tak besar


         
LONDON: Perbezaan pendapat di antara Moscow dan Barat dalam isu Syria tidak sebesar disangka, kata Perdana Menteri Russia, Dmitry Medvedev, dalam temu bual disiar akhbar tempatan semalam.

Menurut The Times, Medvedev menegaskan di sebalik perbezaan pendapat itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengelak berlaku perang saudara di Syria. “Kita semua bersetuju bahawa perang saudara menyeluruh boleh berlaku di Syria dan ia perlu dielakkan,” katanya. Menurut Medvedev, masa depan Syria mesti ditentukan sendiri rakyat negara itu.


“Saya tak tahu rupa politik masa depan di Syria dan apa peranan Presiden Bashar al-Assad di dalamnya.

“Ia mesti ditentukan rakyat Syria,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment