Pages

Tuesday, July 24, 2012

Pengganas paling ganas


Breivik
Breivik
Pengganas paling ganas
Bangunan kerajaan di Oslo yang musnah selepas Breivik meletupkan bom kereta yang diciptanya sendiri
“Anda boleh bertenang sekarang. Saya akan memastikan anda semua selamat. Mari berkumpul di dalam bangunan ini,” jerit seorang lelaki berpakaian polis lengkap dengan senjata ke arah sekumpulan remaja yang ketakutan selepas mendengar bunyi tembakan.

Remaja yang lega dengan kehadiran lelaki itu mengikut arahan diberikan, sebelum kesemua mereka ditembak mati oleh lelaki itu dari jarak dekat.

Ini bukan serpihan babak daripada sebuah filem, tetapi kejadian sebenar yang berlaku di Norway, tahun lalu. Dan semalam, genap setahun dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam besar-besaran oleh pengganas Norway, Anders Breivik.

Pada 22 Julai 2011, seluruh dunia menahan nafas semasa menunggu berita dari Norway mengenai apa sebenarnya sedang berlaku di negara yang selama ini menjadi simbol keamanan dunia.

Ya, simbol keamanan. Anda tentu tahu, pada Oktober setiap tahun, Hadiah Nobel Keamanan akan dianugerahkan kepada penerima yang layak di Oslo, ibu negara Norway. Tetapi siapa sangka, negara disanjung sebagai antara paling aman di dunia itu rupanya memiliki pengganas, jauh lebih ganas daripada pengganas lain.

Tragedi paling buruk dalam sejarah moden Norway itu bermula apabila Breivik meletupkan bom kereta seberat dua tan yang dicipta sendiri, menggunakan baja dan diesel di hadapan bangunan kerajaan di Oslo, menyebabkan lapan orang terbunuh.
Dia kemudian menaiki kereta menuju Pulau Utoya, kira-kira 40 kilometer dari Oslo. Pulau penuh ketenangan itu menjadi saksi senyap terhadap serangan berdarah selama 79 minit yang dilancarkan Breivik di kem musim panas anjuran Parti Buruh Norway, di mana 69 orang, hampir kesemua mereka remaja, ditembak mati.

Kini, Breivik sedang menunggukeputusan mahkamah yang akan menentukan sama ada dia siuman atau tidak, selepas pengganas itu mengaku melancarkan serangan tetapi tidak mengaku bersalah kerana menganggap apa yang dilakukannya adalah untuk kepentingan negara.

HIPOKRASI BARAT

Walaupun Breivik berkata dia tidak berjaya mencapai matlamat asal untuk membunuh lebih ramai orang dalam serangan itu, lelaki yang mengaku sebagai anti-Islam itu tetap berjaya membuktikan sesuatu: sikap hipokrit negara dan media Barat.

Semasa perbicaraannya, dunia dimaklumkan bahawa serangan gila Breivik itu dilakukan kerana kepercayaannya kepada teori Eurabia, yang menyebut Eropah akan dikuasai penduduk Islam pada masa akan datang.

Dia juga mahukan semua orang Islam di Eropah dihalau keluar. Tetapi tiada satu pun media Barat yang dikuasai Yahudi menggelar Breivik ‘pengganas’, sebaliknya lebih selesa merujuk Breivik sebagai pembunuh.

Cuba bandingkan pula dengan kes lelaki Islam, Mohamed Merah yang menembak mati tujuh orang di Perancis, Mac lalu. Dia terus dicop pengganas. Tetapi mengapa lelaki yang membunuh 77 orang terlepas daripada gelaran itu?

Kedua-dua mereka melakukan keganasan, tetapi adakah gelaran pengganas hanya eksklusif untuk orang Islam?

Melabelkan seseorang sebagai pengganas bukan sekadar isu pemilihan perkataan berbeza, tetapi ia antara teknik propaganda paling berkesan yang digunakan Barat dalam menjajah pemikiran orang ramai supaya memandang serong terhadap sesiapa yang mempunyai nama Mohamad, mempunyai jambang atau memakai hijab.

Sebenarnya, tarikh 22 Julai 2011 bukan hanya menjadi titik hitam dalam sejarah Norway tetapi kepada hubungan antara manusia di seluruh dunia.

Punca utama kemerosotan hubungan ini adalah sikap hipokrit Barat yang berterusan mempromosi Islamofobia ke seluruh dunia, dan dalam masa sama, mengangkat darjat mereka kononnya sebagai bangsa paling mulia.

Ibu Breivik: Sya takut dengan dia

Pada usia seawal empat tahun, Breivik telah pun menakutkan ibunya dengan perangai yang pelik.

Wenche Breivik, dalam kenyataannya kepada polis yang dibacakan di mahkamah semasa perbicaraan pengganas itu berkata, Breivik semasa kecil adalah seorang budak yang hiperaktif dan agresif serta tidak mampu merasai keseronokan.

“Saya terpaksa menghubungi jabatan sosial supaya dia dijauhkan dari saya dan diletakkan ke rumah penjagaan untuk menghalang kerosakan psikologi yang lebih teruk,” kata ibunya.

Wenche masih ketakutan 23 tahun selepas itu, apabila Breivik kembali ke rumahnya pada 2006.

“Saya rasa seperti dalam penjara apabila dia berada di rumah. Sejak 2010, dia menjadi sangat pelik,” kata ibunya kepada polis.

Dalam keterangannya kepada pakar psikologi pula, Wenche memberitahu dia bimbang anaknya telah menjadi ‘gila’ beberapa minggu sebelum serangan itu.

Menurut Wenche, anaknya mula menyendiri dan perangainya berubah pelik termasuk kerap memarahi ibunya tetapi dalam masa sama sering mencium ibunya seperti seorang anak yang baik.

“Dia juga taksub bermain permainan video serta memakai topeng muka di dalam rumah untuk mengelakkan jangkitan kuman,” beritahu ibunya kepada pakar psikiatri, Synne Sorheim dan Torgeir Husby yang memeriksa Breivik selepas serangan itu.

Seminggu sebelum Breivik melancarkan serangan itu, dia memberitahu ibunya yang dia kelihatan hodoh dan ingin menjalani pembedahan kosmetik. “Dia semakin gila. Dia bercakap mengenai politik sepanjang masa. Saya rasa tertekan. Dia sentiasa berada berdekatan saya dan sering mencium pipi saya. Saya berasa jengkel dan ingin dia pindah keluar dari rumah itu,” kata ibunya.

Keterangan ibunya kepada polis dan pakar psikiatri adalah antara yang paling mendapat perhatian semasa perbicaraan Breivik selama 10 minggu dari April hingga Jun lalu.

Sorheim dan Husby, pasukan psikiatri pertama yang memeriksa Breivik berkata, pengganas itu menghadapi masalah psikologi yang mungkin bermula pada 2002, menyebabkan mindanya tidak dapat berhubung dengan dunia sebenar.

Kewarasan Breivik menjadi isu penting dalam perbicaraannya selepas dia mengaku melancarkan serangan itu tetapi tidak mengaku bersalah
FAKTA MENGENAI BREVEIK
Menangis pada hari pertama perbicaraan semasa klip video anti-Muslim yang dihasilkannya dimainkan di dalam mahkamah.

Tidak menunjukkan sebarang perasaan semasa pendakwa raya membacakan bagaimana setiap mangsanya mati.

Pengganas itu memberitahu mahkamah dia tidak mengiktiraf mahkamah tersebut pada hati pertama perbicaraan.

Mengirim manifesto setebal 1,500 muka surat kepada beberapa rakannya melalui emel, sebelum melancarkan serangan tersebut.

Dia mendakwa menjadi anggota organisasi rahsia yang ditubuhkan berdasarkan konsep Knights Templar, iaitu pasukan tentera Kristian paling terkenal 1,000 tahun lalu.

Matlamat utama adalah untuk menghalau orang Islam di Eropah melalui satu revolusi.

Tidak menamatkan sekolah menengah danmendapatkan wang melalui penghasilan diploma serta sijil palsu.

Membuat persediaan serangan 22 Julai 2011 sejak 2009.

No comments:

Post a Comment