Pages

Monday, July 9, 2012

Penduduk protes haram pelacuran

Berita Harian | Penduduk protes haram pelacuran:

Sekumpulan wanita bertopeng memprotes usaha mengharamkan pelacuran di Perancis.Sekumpulan wanita bertopeng memprotes usaha mengharamkan pelacuran di Perancis.
Bantah menteri gelar khidmat seks berbayar tidak produktif 

Paris: Beratus-ratus orang termasuk pekerja seks menyertai bantahan di ibu kota ini kelmarin mengenai rancangan untuk mengharamkan pelacuran. Mereka berpendapat, usaha seorang menteri mahu menghapuskan amalan memberi wang untuk mendapat khidmat seks sebagai akan memberi kesan sebaliknya. 
Menteri Hak Asasi Wanita Perancis, Najat Vallaud-Belkacem, mencetuskan kontroversi lewat Jun lalu kerana mahu pelacuran diharamkan dengan menghukum mereka yang membayar untuk seks tetapi pelacur terkecuali. 

Ahli politik Sosialis itu disokong pejuang hak wanita dan sekutu dalam kerajaan. Namun, kenyataannya menjadi punca beliau dikritik kesatuan pekerja seks. 

Mereka berpendapat langkah berkenaan akan menyebabkan perniagaan itu berlaku secara tersembunyi sekali gus membahayakan pelacur. 

Di Place Pigalle, di tengah-tengah daerah lampu merah Paris, beratus pekerja seks melaungkan slogan pro-pelacuran menerusi pembesar suara dan memaparkan papan tanda bertulis “Menghukum pelanggan sama seperti membunuh pelacuran” dan “Seks juga adalah pekerjaan.” 
“Sebelum membuat kenyataan umum, beliau (Vallaud-Belkacem) perlu membuat kerja rumah, mencari realiti apa itu pelacuran,” kata Morgane Mertreuil, ketua kesatuan pekerja seks Strauss, 

“Perjuangan menentang buruh paksa tidak sejajar dengan idea memberi hak kepada mereka yang melakukan tugas ini dengan rela hati,” tambah Mertreuil, yang memakai lencana merah dicetak dengan tulisan ‘Wanita Pemuas Nafsu.’ 

Sikap tolak ansur kepada pelacuran di Perancis terletak di tengah-tengah antara amalan di Netherlands dan Jerman, di mana pekerja seks berdaftar membayar cukai dan menerima manfaat kesihatan, manakala di Sweden, mana undang-undang tegas mensasarkan pelanggan pelacur. 

Di Perancis dengan anggaran 18,000 hingga 20,000 pelacur, laporan Yayasan Scelles tahun ini menyatakan, pelacuran tidak diharamkan, walaupun undang-undang wujud menentang bapa atau ibu ayam, perdagangan manusia dan menawarkan seks di khalayak ramai. - Reuters
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment