Pages

Sunday, July 8, 2012

Padah terlampau aktif di Facebook

Remaja yang terlalu asyik melayari laman sosial berdepan risiko menghadapi tekanan perasaan.Berita Harian | Padah terlampau aktif di Facebook:
Remaja yang terlalu asyik melayari laman sosial berdepan risiko menghadapi tekanan perasaan.
Canberra: Gadis remaja yang aktif menggunakan media sosial lebih berkemungkinan berdepan masalah kemurungan dan rendah diri, menurut kajian baru. 

Data baru mendedahkan remaja perempuan yang memperuntukkan masa panjang di laman web seperti Facebook, Twitter atau MySpace lebih tidak menyenangi bentuk badan dan berat mereka. Penyelidikan di universiti, yang meninjau pendapat 1,096 gadis berusia antara 12 dan 16 tahun, mendapati 40 peratus tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh dan separuh daripada mereka bimbang dengan kenaikan berat badan. 
Ia juga mendapati ramai gadis menggunakan internet dan media sosial lebih berkemungkinan mengalah dengan perasaan itu. 

Saintis Sekolah Psikologi di Universiti Flinders, Australia, Dr Amy Slater dan Profesor Tiggemann, berkata hasil kajian menunjukkan kaitan membimbangkan. 

“Kami menyiasat peranan media dalam menentukan imej diri gadis remaja. Kami tertarik mendapati bagaimana remaja perempuan memperuntukkan masa lapang dan bagaimana aktiviti berbeza berkaitan dengan apa mereka rasa mengenai diri dan tubuh mereka. 

“Kajian kami menunjukkan kaitan membimbangkan antara penggunaan media keterlaluan, terutama media sosial dan internet, dan rendah diri, tidak puas hati dengan bentuk tubuh dan semangat jati diri dan kemurungan,” kata mereka. 
Kajian juga mendedahkan daripada 96 peratus gadis yang mempunyai capaian internet di rumah, 72 peratus memuat naik gambar sendiri dan 12 peratus memuat naik video. 

Daripada gadis ini, yang purata masa menggunakan internet sehingga tiga jam setengah setiap hari, cuma 35 peratus daripada ibu bapa mereka menetapkan bila dan apa yang boleh dilihat anak perempuan mereka di internet. 

Dr Slater berkata, penyelidikan lanjut yang menganalisis kandungan lebih 600 iklan mendapati 14 daripada laman web paling popular yang mensasarkan gadis remaja memaparkan kosmetik dan produk kecantikan. 

Beliau juga menyatakan, model yang digunakan dalam iklan, kerap mempromosikan keluaran seperti produk menghilang berat dan laman web temujanji yang disifatkan tidak sesuai dengan golongan yang melayarinya – secara umumnya adalah wanita, muda, kurus dan menarik. - Agensi
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment