Pages

Tuesday, July 10, 2012

Mursi ‘cabar’ tentera Mesir

myMetro | Mursi ‘cabar’ tentera Mesir:

KAHERAH: Speaker Parlimen Mesir, Saad al-Katatni, semalam berkata, sidang akan disambung semula hari ini, sekali gus mungkin meningkatkan ketegangan dengan tentera selepas presiden baru negara itu mengetepikan jeneral dengan mengabaikan pembubaran dewan berkenaan bulan lalu.
Dipetik agensi berita Mesir, Saad pemimpin Ikhwanul Muslimin seperti Dr Mohamed Mursi berkata, Parlimen akan bersidang mulai tengah hari ini (6 petang waktu Malaysia).

Pengumuman itu secara langsung menolak penghakiman mahkamah dan arahan tentera yang membubarkan Parlimen bulan lalu menjelang pilihan raya presiden. Tindakan itu - didorong perintah dikeluarkan Mohamed Mursi kelmarin meletakkan Mesir diancam ketidaktentuan politik baru dan menjejaskan ekonomi serta harapan orang awam yang inginkan keamanan selepas 17 bulan berada dalam konflik. Bagaimanapun, dalam gambaran menunjukkan hubungan mereka tidak terputus, Mohamed Mursi dan ketua Majlis Tentera Mesir dilihat berbual santai di majlis disiar stesen televisyen pagi semalam. Majlis Tentera yang mula mentadbir Mesir sejak Hosni Mubarak digulingkan rakyat pada Februari 2011 menyerahkan kuasa kepada Mohamed Mursi pada 30 Jun lalu, tetapi badan itu cuba mengecilkan kuasa presiden sejurus sebelum beliau memulakan tugas.
Selain membubarkan Parlimen, badan tentera itu mengambil alih kuasa legislatif yang sepatutnya ada pada Parlimen. Sementara itu, Mohamed Mursi mengejutkan semua pihak apabila berkata, dia akan mengadakan pilihan raya sebaik saja perlembagaan Mesir disahkan.

Jika itu berlaku, sesi Parlimen kali ini tidak bertahan selama empat tahun seperti yang sepatutnya. - Reuters

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment