Pages

Saturday, July 28, 2012

Mohamed Mursi bincang kerjasama dengan Hamas




         
GAZA CITY: Hamas semalam mengalu-alukan pertemuan di antara pemimpinnya, Ismail Haniyeh, dengan Presiden Mesir, Mohamed Mursi Isa al-Ayyat, dan menganggap ia sebagai “titik perubahan” dalam hubungan dua hala mereka.

Jurucakap Ismail, Taher al-Nunu, berkata pertemuan di Kaherah itu menyentuh pelbagai isu strategik dan merancang kerjasama pada masa depan.


“Ismail gembira dengan keputusan pertemuan itu,” katanya. Ismail melawat Kaherah seminggu selepas Mohamed Mursi bertemu Khaled Meshaal, pemimpin tertinggi kumpulan pejuang Islam Palestin, Hamas.

Beberapa hari lalu juga, pegawai Palestin berkata, Mesir melonggarkan syarat visa untuk penduduk Gaza berusia di bawah 40 tahun. Minggu lalu, Ismail menganggap pertemuan Mohamed Mursi dengan Khaled sebagai “hasil revolusi” yang menyingkirkan diktator Mesir, Hosni Mubarak, awal tahun ini. - AFP

No comments:

Post a Comment