Pages

Tuesday, July 10, 2012

Michael Muhammad Knight, Menapaki Dunia Islam dan Lirik Hip-hop


Ia masih "bocah kulit putih berusia 15 tahun ketika Ayahnya didiagnosis skizofrenia, perogol dan pemisah perkauman. Ibunya baru saja bercerai kali kedua," tulis Michael Muhammad Knight dalam memoirnya yang terbit 2006, "Blue-Eyed Devil: A Road Odyssey Through Islamic America. "

Di rumahnya di Rochester, ia mendengar banyak lagu Publick Enemey dan membaca "Otobiografi Malcolm X". Pada usia 16 tahun, beliau telah mempunyai poster besar Ayatollah Khameini di dinding bilik tidurnya.

Akhirnya pada usia 17 tahun, setelah memeluk Islam, Knight 'berlari keliling Pakistan dengan pelarian Afghanistan dan Somalia "dan belajar di masjid-masjid terbesar di dunia, salah satunya Masjid Faisal di Islamabad, yang baginya kelihatan seperti kapal luar angkasa.

Itu berlaku seperti pada setengah hidupnya. Knight, kini 34 tahun, ialah mahasiswa doktoral di kajian Islam, Universiti North Carolina. Ia kembali ke Amerika Syarikat pada tahun yang sama ia pergi. Lalu pada usia 20 tahun ia mengubah pandangan fundamentalis Islam menjadi lebih liberal.

Ia seorang penulis yang produktif, sering menulis satir sesama Muslim, menusuk kaum fundamentalis. Knight telah menulis tujuh buah buku sejak 2002, termasuk sebuah memoir di mana ia menggambarkan kekecewaannya dengan Islam Ortodok. Lalu ada novel dengan judul "The Taqwacores," yang mengisahkan kumpulan punk fiksyen Muslim. Juga novel lain "Osama van Hallen" (2009), juga tentang punk yang menculik Matt Damon dan menuntut penggambaran lebih adil terhadap Muslim di Film. Tulisannya dianggap telah menggangu banyak Muslim mengingat isi kandungannya sering menyerang kemunafikan dan keterpecahan di dunia Muslim.

Hingga kini ia dianggap sebagai Muslim Suni taat yang berpengetahuan. Namun Knight mungkin kembali mengejutkan sesama penganut suni. Dalam bukunya yang ketujuh "Why I Am a Five Percenter" (Jeremy P. Tarcher / Penguin, 2011), Knight mengakui keterikatan dengan Nations of Gods and Earth, yang juga dikenali sebagai Five Percenters.

Pada tahun 2007, Knight menerbitkan buku sejarah dari Five Percenters, kumpulan yang ditubuhkan Clarence 13x Smith setelah keluar dari Nation of Islam. Organisasi itu dijalankan di Harlem sekitar 1964. Nama kumpulan diambil dari dari ajaran bahawa lima peratus orang ialah "guru benar miskin" yang harus mendidik rakyat tertindas, sebab hanya lima peratus saja orang-orang di dunia yang benar-benar peduli.

Dalam buku berjudul "The Five Percenters: Islam, Hip-Hop dan para Dewa di New York," Knight membantah bahawa reputasi jenayah kumpulan tersebut dilebihkan secara liar.

Namun, yang membuat para non-Muslim tertarik bukan jenis teologi yang diusung Five Precenters, melainkan alur yang unik. Kumpulan itu membawa formula eksentrik dalam kebanggaan bangsa - di mana lelaki kulit hitam dianggap 'dewa' dan wanita kulit hitam adalah 'bumi' - pandangan yang berpengaruh secara luas dalam muzik hip-hop dan melampaui pandangan kulit hitam Amerika lain.

Saat mengkaji Five Precenters, Knight tak luput mempelajari pula lirik-lirik hip-hop yang memasukkan pengaruh ajaran kumpulan tersebut, seperti Wu-Tang dan Busta Rhymes. Knight, awalnya tidak pernah menyimpulkan ia adalah sebahagian daripada mereka. Saat itu ia merasa Muslim yang tengah mengkaji kumpulan asing. Namun dalam buku terbarunya ada yang berubah.

Knight menulis, proses yang membuat ia tercelup dalam dunia Five Precenter, membuat ia sebagai 'orang dalam'. Ia menegaskan tak menerima kenyataan dan kebenaran harfiah tuntutan mereka, juga pernyataan si pengasas, Clarence yang menyebut ia adalah Allah. Tapi Knight merasa bukan lagi orang luar saat memandang kumpulan tersebut, kerana boleh memahami gagasan di balik itu.

Knight tidak hidup sebagai Five Precenter. Ia terlihat menjalani hidup seperti Muslim lain. Saat dua tahun di Harvard, di mana Mei tahun lalu ia menyelesaikan peringkat masternya, ia pergi ke masjid mungkin hanya dua kali. Namun ketika ia menyatakan "Why I Am a Five Precenter" beliau menegaskan bahawa identiti agama tak bererti tentang keyakinan atau kebudayaan.

Itu adalah cara dia memandang hidup. Ia memeluk Islam bukan kerana kebenaran tertentu tentang Tuhan, namun kerana doa-doa itu mampu membasuh dirinya bersih dari Amerika, ayahnya, ayah tirinya, Yesus 'yang selalu digambarkan kulit putih' dan semua teman sekelas yang tak peduli dari sekolah Katholiknya di bandar kecil.

Saat ia menyelesaikan buku pertamanya tentang Five Percenters, Harlem terlihat 'lebih mempunyai kaitan' terhadap dunianya 'berbanding seting Arab pramodern yang tak terbayangkan. "Berdiri di depan Hotel Theresa, di mana" Allah "ditahan pada 1965, atau melawat Marcus Garvey Park, di mana 'Tuhan' hadir dalam parlimen pertama, begitu mempengaruhi saya seperti seorang peziarah," ujarnya.

Dalam kata pengantar bukunya, Knight menawarkan sedikit nasihat kepada para cendekia lain. "Jaga pertahananmu dan jaga jarak. Anda akan menghabiskan banyak masa dengan sebuah budaya hingga luput memeriksa diri sendiri, maka anda pun akan jatuh cinta dan menjadi subjek itu sendiri."

Pada 2008, Knight melakukan ibadah Haji ke Mekah. "Di situlah saya, seorang Muslim di Makkah berjalan mengelilingi Kaabah dan saya mengintepretasinya lewaat Matematik, semua ajaran, hingga lirik hip-hop Wu-Tang. Saya harus boleh memahami ini."

No comments:

Post a Comment