Pages

Monday, July 9, 2012

Lelaki panjat monumen 117 meter

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang penunjuk perasaan anti-Parti Institusi Revolusi (PRI) memanjat monumen Estela de Luz setinggi 117 meter di sini untuk menuntut Presiden baharu Mexico, Enrique Pena Nieto bersemuka dengannya, lapor media tempatan semalam.
Lelaki berkenaan ditahan polis selepas seorang anggota paramedik Palang Merah berjaya memujuknya supaya turun daripada monumen tersebut.
Kelmarin, ribuan penunjuk perasaan berarak di ibu kota Mexico, di sini kerana membantah kemenangan Pena Nieto dalam pilihan raya Presiden negara itu.
Mereka menuduh calon PRI itu membeli undi dan membayar beberapa rangkaian televisyen tempatan untuk menyokong kempennya.
PRI pernah memerintah di Mexico selama 71 tahun
Monumen Estela de Luz dibina pada 2011 bagi meraikan kemerdekaan Mexico daripada Sepanyol pada 1821. - Agensi

No comments:

Post a Comment