Pages

Monday, July 9, 2012

Lagi artifak zaman Gandhara dirampas

myMetro | Lagi artifak zaman Gandhara dirampas:

"KARACHI: Pihak berkuasa di Karachi merampas berpuluh-puluh lagi artifak purba dari kerajaan Gandhara semalam, selepas mendapat maklumat daripada penemuan serupa Jumaat lalu.

Antikuiti itu digali secara haram dari kawasan terpencil di barat laut Pakistan yang bergolak akibat pertempuran tentera kerajaan dengan militan Islam. Serbuan terbaru ke atas sebuah gudang di timur kejiranan Ibrahim Hyderi membawa penemuan dua kotak besar berisi artifak berkenaan. Pengarah Jabatan Arkeologi Sindh, Qasim Ali Qasim, berkata antara ditemui, patung Buddha dan dewa, artifak tembaga, tanah liat dan plak berhias.


“Ia adalah satu daripada rampasan antikuti terbesar di Pakistan,” katanya. Terdahulu, polis memintas sebuah lori di Karachi dan menemui antikuiti serupa berusia 2,000 tahun yang disembunyikan dalam barangan plastik dan kayu.

Pegawai polis tempatan berkata, pemandu lori dan kelindannya menyalurkan maklumat mengenai gudang berkenaan. “Kami belum menyenaraikan lebih 300 antikuiti yang ditemui pada lori berkenaan,” katanya. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment