Pages

Tuesday, July 17, 2012

Konflik Syria diisytihar peperangan saudara

Foto
Pasukan Tentera Pembebasan Syria melaungkan slogan anti Presiden Bashar al-Assad di wilayah Idlib, utara Syria. - Foto AP]
Foto
Seorang wanita meratap di sisi mayat saudaranya di Tremseh yang diserang tentera Syria.
Dakwaan jenayah perang boleh dikenakan: ICRC

Damsyik: Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) secara rasmi mengisytiharkan konflik di Syria sebagai perang saudara, status yang memungkinkan dakwaan jenayah perang dikenakan. Kenyataan ICRC dibuat ketika pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpulkan maklumat baru mengenai apa yang berlaku di kampung yang menyaksikan berpuluh penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim. Selepas lawatan ke Tremseh kelmarin, pasukan itu berkata tentera Syria mengunjungi rumah ke rumah di komuniti petani itu, memeriksa kad pengenalan penduduk dan membunuh sebahagiannya serta menahan yang lain. 
Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah”, Kenyataan PBB
Menurut PBB, serangan menyasarkan anggota tentera yang berpaling tadah dan aktivis.

“Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah,” kata kenyataan PBB.

Syria menafikan dakwaan PBB yang tenteranya menggunakan senjata berat seperti kereta kebal, artileri dan helikopter ketika melancarkan serangan Khamis lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi, berkata keganasan itu bukan pembunuhan beramai-ramai seperti yang didakwa aktivis dan ramai pemimpin luar tetapi operasi tentera menyasarkan pejuang bersenjata yang mengambil alih kampung itu. 
“Apa yang berlaku bukan serangan ke atas penduduk awam. Apa yang dikatakan mengenai penggunaan senjata berat tidak berasas sama sekali,” kata Makdissi kepada wartawan kelmarin di Damsyik.

Beliau berkata, 37 penyerang dan dua penduduk awam maut angka kematian jauh lebih rendah berbanding yang dinyatakan aktivis anti-rejim, sebahagiannya menganggarkan kematian melebihi 100 orang.

PBB membabitkan tentera Presiden Bashar al Assad dalam serangan itu. Ketua misi pemerhati PBB berkata Jumaat lalu pemantau yang diletakkan berhampiran Tremseh melihat tentera menggunakan senjata berat dan helikopter tempur.

Pertempuran adalah yang antara yang terbaru dalam kebangkitan menentang Assad, yang dikatakan aktivis membunuh lebih 17,000 rakyatnya. Keganasan berterusan kelmarin dengan beberapa pertempuran dilaporkan di sekitar Damsyik. - AP

No comments:

Post a Comment