Pages

Monday, July 16, 2012

Kes Yasser: Suha saman

ZURICH: Balu Yasser Arafat akan memulakan tindakan undang-undang di Perancis ekoran dakwaan pemimpin veteran Palestin itu meninggal akibat keracunan radioaktif, kata peguamnya semalam.
Menurut Marc Bonnant, Suha Arafat memutuskan untuk mengemukakan aduan perundangan pada bulan ini.

Kata Bonnant, prosiding perundangan itu akan dilakukan di Perancis kerana Yasser meninggal dunia di sebuah hospital tentera negara itu pada 2004.
“Suha memang menyokong tindakan menggali semula mayat suaminya bagi membolehkan siasatan dibuat.

“Dia akan mengemukakan dakwaan ke atas beberapa individu yang tidak diketahui kerana meracun suaminya,” katanya. Institut Fizik Radiasi di Switzerland - yang menganalisis contoh biologi diambil daripada tubuh Yasser - menemui bahan polonium dalam kuantiti luar biasa dan keputusan itu dilaporkan rangkaian berita al-Jazeera bulan ini. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dan Suha dilaporkan memberi persetujuan supaya contoh diambil daripada mayat Yasser selepas mayatnya digali semula dari kuburnya di Ramallah. Anak saudara Yasser, Nasser al-Qidwa, Khamis lalu mendakwa Israel meracun pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin itu dan menggesa pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan. - AFP

No comments:

Post a Comment