Pages

Wednesday, July 25, 2012

Kedatangan Nabi Isa



Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang
Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan
memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat.
Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi,
turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik,
iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir
ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya
kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah.
Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar
menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan.
Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam
kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti,
untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian
yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah.
Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan
segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di
tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik.
Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain
dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama
empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa
pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan
segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan
semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua
sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim,
selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu
sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit.
Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa
agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah,
ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka
pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka,
seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh,
tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang
kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang
bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.”
Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.”
Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan
di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.
“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau
cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana
ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian
menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu.
Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi
akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud
termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi
yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya.
Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi
di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada
orang Yahudi, bunuhlah dia.”

“Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulah, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku.

Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana
dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan
membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu
tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada
orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling
cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah.
Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu
tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia
ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan
ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada
yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan
cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia
akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini
dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain
yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim
dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya,
iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan
harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya
turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal,
membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika
itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w:
“Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim,
Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan
permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab:
“Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya
kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab:
“Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya
tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang
dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku
ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia
pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan
membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu
dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku
ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”


SUMBER: Pencinta Rasulullah(saw)

No comments:

Post a Comment