Hollywood: Katie Holmes akan menerima AS$3 juta (RM9.53 juta) untuk setiap tahun dia menjadi isteri kepada Tom Cruise.
Aktres berusia 33 tahun itu memfailkan perceraian daripada aktor berusia 49 tahun berkenaan beberapa hari lalu dan mereka berkahwin pada November 2006. Disebabkan dia telah menandatangani perjanjian praperkahwinan, Katie dikatakan tidak akan dapat meminta separuh daripada harta bernilai AS$275 juta (RM874 juta) milik Cruise.
Namun begitu, dia dikatakan akan dibayar AS$15 juta (RM47.4 juta) selama lima tahun perkahwinan mereka dan juga memperoleh rumah agam di Beverly Hills yang bernilai AS$35 juta (RM110.8 juta) Katie, yang berkata “perbezaan tidak dapat dirujuk” menjadi punca perceraian, berusaha mendapatkan hak penjagaan penuh terhadap anak perempuan mereka Suri, 6, dan pakar percaya dia akan mendapat nafkah anak yang tinggi daripada Cruise. - DM
No comments:
Post a Comment