Pages

Tuesday, July 17, 2012

Heli bantu kawasan banjir

PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Aso, daerah Kumamoto, Jepun akibat hujan lebat, semalam. - AGENSI
TOKYO 15 Julai - Tentera Jepun menggunakan pengangkutan udara bagi menghantar bantuan kepada penduduk di barat daya negara ini setelah beribu-ribu orang terputus hubungan ekoran hujan lebat dan kejadian tanah runtuh sejak semalam.
Jabatan meteorologi memberi amaran hujan lebat akan berterusan ketika bencana itu setakat ini meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa.
Televisyen merakamkan askar memunggah bekalan makanan, air dan ubat-ubatan ke dalam helikopter untuk dihantar ke kawasan pergunungan Yame, wilayah Fukuoka di Pulau Kyushu.
Pihak berkuasa tempatan pula secara berasingan menghantar helikopter penyelamat bagi membawa pesakit dan warga emas ke hospital dari kawasan terpencil yang mana sekurang-kurangnya seorang terbunuh, kata pegawai kerajaan.
Lebih 5,440 orang terputus hubungan sejak semalam setelah tanah runtuh dan pokok tumbang menghalang laluan dan bekalan air ke wilayah itu.
''Kita akan meneruskan usaha menghantar catuan bantuan kepada penduduk ketika kita masih tidak pasti bila kita akan mendapatkan akses ke kawasan itu.
''Kita sedang berusaha sebaik mungkin bagi membersihkan runtuhan secepat mungkin,'' kata seorang jurucakap Bandar Yame, Kayo Shinohara.
Operasi menyelamat diteruskan pagi ini di kawasan terjejas di Kyushu yang mana sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir.
Katanya, kira-kira 3,600 penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing ketika 2,800 kediaman dinaiki air. - AFP

No comments:

Post a Comment