Pages

Tuesday, July 24, 2012

Evolusi kereta pintar



Pemandu hanya perlu melakukan isyarat tangan bagi menghidupkan
 dan mematikan penghawa dingin dalam kereta. - AGENSI
LONDON 23 Julai - Suis atau punat tertentu bagi mengendalikan fungsi-fungsi kereta mungkin tidak lagi relevan dalam tempoh dua tahun lagi.
Ini kerana, jurutera pakar dari syarikat pengeluar audio elektronik global, Harman telah menghasilkan gajet yang hanya memerlukan pemandu untuk mengenyitkan mata atau melakukan ekspresi muka sama ada bagi mengurangkan bunyi audio atau suhu penghawa dingin dalam kereta.
Dengan hanya menggunakan sensor infra merah yang dipasang pada papan pemuka kereta, ia mampu mengenal pasti mimik wajah pemandu bagi mengawal kenderaan mereka.
Sebuah komputer tersembunyi dalam kereta akan menterjemah isyarat yang sepadan dengan senarai arahan untuk radio, sistem navigasi satelit, pemanas dan telefon bimbit.
Gerak isyarat itu yang masih diuji pada kereta prototaip masih belum dimuktamadkan dan kereta itu dijangka akan berada di jalan raya dalam tempoh dua tahun lagi.
Teknologi itu boleh digunakan sama ada untuk menghidupkan atau mematikan radio dan alat pemain muzik, mengurangkan bunyi audio dengan mengangguk ke kanan dan menguatkan kembali audio dengan mengangguk ke kiri.
Pemandu juga boleh membuat panggilan telefon dengan membuat isyarat mengangkat gagang dan mendail dengan hanya menyebut nama individu yang mahu dihubungi.
Pengarah Teknologi Harman, Hans Roth berkata, penciptaan gajet itu adalah untuk mengurangkan gangguan pada pemanduan kereta.
"Semua ini akan mengubah perbezaan fungsi dalam sebuah kereta dan kita masih menguji beberapa isyarat yang akan dijadikan standard untuk setiap kereta di seluruh dunia,'' katanya. - AGENSI

No comments:

Post a Comment