Pages

Sunday, July 29, 2012

Empat askar Thai kena serang


Doktor di Pattani  melakukan  pembedahan  ke atas  askar yang diserang oleh kumpulan pemisah di Pattani, semalam. - Foto AFPDoktor di Pattani melakukan pembedahan ke atas askar yang diserang oleh kumpulan pemisah di Pattani, semalam. - Foto AFP
Kumpulan ditembak ketika ronda di Patani 

Bangkok: Pemisah menembak mati empat anggota tentera dan mencederakan dua lagi awal semalam di selatan Thailand, kata jurucakap tentera, ketika keganasan yang bermula sejak awal Ramadan berterusan.
Kumpulan enam askar diserang ketika mereka meronda di jalan raya di daerah Mayo di wilayah Pattani. 

Pemisah lepas tembakan 

“Kira-kira 20 pemisah bersenjata dalam tiga trak pikap melepaskan tembakan ke arah sepasukan anggota tentera sebaik mendekati mereka,” kata jurucakap tentera di selatan, Kolonel Pramote Prom-in. 

Pramote berkata, empat anggota tentera maut dalam serangan dan dua lagi cedera ketika mereka berbalas tembakan. Kejadian berlaku selepas letupan bom tepi jalan yang membunuh lima anggota polis di Yala Rabu lalu. 

Gerakan pemisah, tanpa matlamat jelas, menggegarkan tiga wilayah paling selatan di Thailand iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala sejak 2004. 
Serangan bom dan tembakan berlaku setiap hari yang mensasarkan anggota tentera dan penduduk awam Buddha dan Islam, sudah meragut lebih 5,000 nyawa dalam masa lapan tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment