Pages

Monday, July 16, 2012

Dron Israel terhempas di Lubnan

BAITULMAQDIS: Sebuah pesawat tanpa juruterbang milik Israel dilaporkan terhempas di timur Lubnan, lapor agensi berita rasmi negara itu semalam.
Pesawat itu dikatakan terhempas di perkampungan Younin di wilayah Baalbek, kelmarin, dan menyebabkan kebakaran di situ.

Pasukan keselamatan Lubnan mengepung kawasan berkenaan, manakala penyiasat masih menjalankan pemeriksaan bagi mencari punca ia terhempas. Sumber mengesahkan pesawat pengintip itu milik Israel. Rejim Zionis memang sering menggunakan pesawat seumpama itu untuk menceroboh ruang udara Lubnan.
Pada 2009, Lubnan memfailkan aduan kepada PBB dengan mengemukakan lebih 7,000 dokumen membuktikan pencerobohan ke atas ruang udaranya. - PT

No comments:

Post a Comment