Pages

Thursday, July 12, 2012

Demokrasi masih popular di negara Islam




         
WASHINGTON: Demokrasi masih popular di enam negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, setahun selepas Kebangkitan Arab.

Keputusan kajian pendapat yang diterbitkan semalam juga menunjukkan sebahagian besar penduduk di beberapa negara yang majoriti penduduknya penganut Islam, menyokong pelaksanaan undang-undang syariah. Dua negara pertama berkenaan yang menggulingkan pemerintahan diktator masih inginkan demokrasi dengan 67 peratus rakyat Mesir dan 63 peratus warga Tunisia berkata, “demokrasi adalah lebih baik,” menurut kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pew. Di negara lain di rantau berkenaan, 84 peratus penduduk Lubnan dan 71 peratus Turki berkata, “demokrasi adalah lebih baik.” Di Pakistan, 82 peratus responden merasakan undang-undang perlu berdasarkan al-Quran.


Di negara Islam lain, 72 peratus warga Jordan, 60 peratus Mesir, 23 peratus Tunisia dan 17 peratus Turki dan Lubnan bersetuju mengenai pelaksanaan undang-undang Islam.

Dalam pada itu, majoriti responden percaya wanita perlu mempunyai hak yang sama seperti lelaki. - AFP

No comments:

Post a Comment