Pages

Tuesday, July 3, 2012

Curang punca sakit jantung

Tekanan akibat cuba sembunyi hubungan sulit

Rome: Kecurangan bukan hanya membawa keruntuhan perkahwinan tetapi turut meninggikan risiko serangan jantung, kata penyelidik Itali. Penilaian beberapa kajian terdahulu mengenai punca kecurangan dan kesannya mendapati lelaki berisiko berdepan masalah kesihatan berkaitan kardiak apabila curang dengan isteri. 
Kajian di Jerman menunjukkan kebanyakan lelaki yang mati ketika melakukan hubungan seks adalah yang menjalin hubungan sulit dan bertemu perempuan simpanan jauh dari rumah.
Ia menunjukkan kematian tiba-tiba ketika melakukan hubungan seks lebih kerap terjadi apabila lelaki mengunjungi perempuan simpanan berbanding ketika bersama isteri. 

Penulis penilaian itu, dari Universiti Florence, bermula dengan meneliti kesusasteraan perubatan untuk kertas penyelidikan termasuk perkataan ‘tidak setia’, ‘hubungan luar nikah’, ‘kecurangan’ dan ‘lelaki.’

Analisis menunjukkan serangan jantung, termasuk yang membawa kematian, jarang berlaku apabila lelaki melakukan hubungan seks dengan isteri di rumah. 

Namun apabila mereka mula menjalin hubungan sulit, bahaya semakin meningkat. 
Kajian di Jerman menunjukkan kebanyakan lelaki yang mati ketika melakukan hubungan seks adalah yang menjalin hubungan sulit dan bertemu perempuan simpanan jauh dari rumah. 

Arteri yang tersumbat menjadi punca lebih satu pertiga kematian - tuntutan fizikal ketika melakukan seks dikatakan punca lemak yang terkumpul dalam arteri pecah.

Serangan jantung adalah punca utama kematian, lapor Journal of Sexual Medicine. Ada kemungkinan tekanan cubaan menarik perhatian dan memuaskan wanita lebih muda berbanding isteri juga adalah puncanya. - Agensi

1 comment: