Pages

Tuesday, July 3, 2012

Banjir di timur laut India ragut 79 nyawa

Seorang lelaki mengangkat anak perempuannya ke atas rakit bersama beberapa mangsa banjir lain selepas bandar Guwahati, India dilanda banjir pada 26 Jun lalu. - AGENSI
GUWAHATI, India 2 Julai - Kejadian tanah runtuh dan banjir ekoran hujan monsun yang melanda timur laut India setakat ini meragut 79 nyawa dan 2.2 juta lagi penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka sepanjang minggu lalu.
Negeri Assam yang bersempadan dengan Bhutan dan Bangladesh paling teruk terjejas dengan mengalami banjir besar di sepanjang Sungai Brahmaputra yang turut melanda negeri Arunachal Pradesh dan Manipur.
Menurut kerajaan negeri Assam, 26 daripada 27 daerah mengalami banjir kilat dan memusnahkan beribu-ribu rumah, jalan raya terputus dan ladang-ladang ditenggalami air.
Setakat ini, 79 orang terkorban akibat bot karam, mati lemas dan kejadian tanah runtuh, kata pihak berkuasa negeri dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, 2.2 juta orang tekah dipindahkan, beribu-ribu rumah musnah dan lebih 500 ribu orang ditempatkan di khemah-khemah perlindungan.
"Kami telah membuka khemah-khemah perlindungan bagi menempatkan mereka yang tidak mempunyai rumah, sementara ramai lagi mangsa banjir berpindah ke kawasan tinggi dan khemah-khemah," kata Menteri Kesihatan Negeri Assam, Himanta Biswa Sarma.
Menurut polis, lebih 70 peratus Taman Negara Kaziranga yang terkenal dengan harimau, gajah dan badak turut ditenggalami air.
Perdana Menteri, Manmohan Singh dan Presiden Parti Kongres Sonia Gandhi melawat Negeri Assam pada Isnin lalu untuk meninjau dari udara keadaan bencana dan memantau kerja-kerja bantuan. - AFP

No comments:

Post a Comment