Pages

Monday, July 16, 2012

Bakar diri bantah kos sara hidup tinggi



BEBERAPA orang memadamkan api pada tubuh Silman.


TEL AVIV - Seorang penunjuk perasaan Israel, Moshe Silman berada dalam keadaan kritikal selepas dia membakar dirinya bagi membantah kos sara hidup tinggi, lapor Radio Israel semalam.
Silman yang berusia dalam lingkungan 50-an melecur hampir keseluruhan badannya selepas dia membakar diri kelmarin.
Dia dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Hashomer-Sheba di sini.
Beberapa saksi menyatakan lelaki itu membawa sejenis cecair yang mudah terbakar di dalam botol.
Rakan-rakan dan saudaranya menyatakan Silman melakukan perbuatan itu selepas sebuah agensi perkhidmatan sosial gagal untuk memenuhi permintaannya berhubung bantuan perumahan.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meminta Kementerian Perumahan dan Kementerian Kebajikan untuk meneliti masalahnya. - dpa

No comments:

Post a Comment