Pages

Tuesday, July 31, 2012

Baj rempuh rumah setinggan



AFP
BEBERAPA penduduk mencari barang-barang mereka selepas sebuah baj merempuh kawasan perumahan setinggan.


MANILA - Dua buah baj (bot besar membawa barangan) merempuh 100 buah rumah di sebuah kawasan setinggan di Tondo di sini malam kelmarin ekoran angin kencang dan hujan lebat.
Baj besar itu ditolak oleh angin kencang sehingga ke kawasan setinggan tersebut.

AFP
SEBAHAGIAN penduduk mencari barang-barang mereka 
di tepi sebuah baj.


Kejadian itu berlaku disebabkan oleh ribut tropika Saola yang membawa hujan lebat dan angin kencang.
Kedua-dua baj itu tidak menurunkan sauh di Teluk Manila kerana angin kencang.
Tiada laporan tentang kecederaan dan kematian akibat kejadian tersebut.
Bagaimanapun, menurut pemerintah, seorang terbunuh dan berjuta-juta lagi terputus bekalan elektrik kerana ribut tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment