Ankara: Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata semalam beliau kesal pasukan pertahanan negaranya menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Turki pada 22 Jun lalu, namun menegaskan jet itu berada di ruang udara Syria.
“Pesawat terbang dalam koridor udara digunakan tiga kali pada masa lalu oleh tentera udara Israel,” katanya dalam satu temuramah dengan akhbar Turki, Cumhuriyet. Beliau menambah bahawa dirinya kesal dengan insiden yang berlanjutan menyebabkan ketegangan antara kedua bekas sekutu itu - “100 peratus.”
Assad menolak tuduhan Turki bahawa pasukan pertahanan Syria sengaja menembak jatuh jet F-4 milik Turki, yang melakukan misi latihan di atas lautan Mediterranean.
Katanya tentera yang menembak jatuh pesawat tiada radar dan tidak tahu negara mana milik pesawat terbabit. - AFP
No comments:
Post a Comment