Pages

Monday, July 16, 2012

Amah warisi RM17 juta

JAKARTA - Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia yang namanya tidak boleh didedahkan atas alasan keselamatan, mewarisi harta bernilai 20 juta Riyal (RM17 juta) selepas majikannya di Arab Saudi meninggal dunia.
Sebuah akhbar harian tempatan Arab Saudi melaporkan, wanita tersebut datang ke negara itu untuk bekerja dengan taikun hartanah di bandar Taif, Abdullah Umar.
Dia kemudiannya berkahwin dengan majikannya itu tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama dan Abdullah mewariskannya banyak tanah serta bangunan apartmen di pinggir bandar Taif, sekali gus mencetuskan pertikaian antara pewaris selepas kematian beliau.
Namun, selepas lapan tahun rundingan antara penuntut dibuat, Hakim Sheikh Abdurrahman Al-Dakhil akhirnya memutuskan dia berhak mewarisi harta bekas suaminya itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment