Pages

Monday, July 30, 2012

Aktivis lancar mogok tuntut undang-undang antirasuah di India





NEW DELHI - Seorang aktivis India semalam melancarkan mogok lapar pada tunjuk perasaan yang diadakan di sini bagi menuntut undang-undang antirasuah.
Setahun lalu, ratusan ribu penduduk kelas pertengahan mengerumuni sebuah tapak pesta di sini bagi menyokong tindakan Anna Hazare (gambar) yang berpuasa selama 12 hari.
Ketika itu, beliau melancarkan mogok bagi mendesak pemerintah menubuhkan sebuah badan pemantau rausah.
Namun, semalam, hanya beberapa ribu orang hadir semasa beliau memulakan mogok lapar.
Hazare yang berusia 75 tahun menyertai tiga aktivis lain yang turut melancarkan mogok lapar sejak Rabu lalu. - AP

No comments:

Post a Comment