Pages

Wednesday, July 25, 2012

58 pindah ke Beirut guna jalan darat

Kuala Lumpur: Seramai 58 pelajar Malaysia di Syria akan dipindahkan ke Beirut hari ini, menerusi jalan darat selepas Kedutaan Besar di Damsyik tidak dapat memperoleh tiket penerbangan ke Dubai.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataannya, berkata kumpulan itu akan berlepas pulang ke tanah air melalui penerbangan komersial pada hari sama. Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik serta Beirut sedang menguruskan penerbangan mereka.

Tiba ikut jadual
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kumpulan pertama pelajar Malaysia akan tiba di KLIA hari ini seperti dijadualkan.

Kumpulan kedua membabitkan 43 pelajar pula akan dipindahkan hari ini, pada jam 5.45 petang (waktu Syria) dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 2.55 petang, Khamis melalui pesawat Emirates EK346.

Tambahan pelajar

Pada kumpulan kedua ini terdapat tambahan 10 pelajar berbanding 33 orang sebelum ini, katanya.
Sabtu lalu, kerajaan memutuskan semua 128 pelajar dan 10 pegawai dagang Malaysia di Syria akan dibawa pulang dengan perbelanjaan sepenuhnya ditanggung berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu.

Dilaporkan lebih 10,000 terbunuh di Syria, kebanyakannya orang awam sejak pergolakan bermula Mac tahun lalu, menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

No comments:

Post a Comment