Pages

Tuesday, July 31, 2012

12,000 penduduk Syria cari perlindungan di Algeria



ALGIERS 30 Julai - Lebih 12,000 rakyat Syria melarikan diri dari keganasan di negara sendiri dan mencari perlindungan di Algeria, kata satu sumber terdekat Kementerian Dalam Negeri.
Pihak berkuasa bagaimanapun memutuskan untuk bertanggungjawab dan memberikan perlindungan kepada rakyatnya yang berada di negara itu yang dijangkakan seramai 12,000 orang walaupun pihak pembangkang meletak jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah tersebut.
Satu sumber pihak pembangkang Syria yang berada di Algeria berkata, terdapat juga rakyat Syria yang mencari perlindungan di tempat lain termasuk di negara Afrika Utara yang dianggarkan berjumlah 18,000 hingga 20,000. - AFP

No comments:

Post a Comment