Pages

Friday, June 15, 2012

Skim Ponzi rugi RM21b, taikun AS dipenjara 110 tahun

Allen Stanford
Taikun AS, Allen Stanford dihukum penjara 110 tahun.
HOUSTON - Taikun Amerika Syarikat (AS), Allen Stanford yang didakwa menggerakkan skim Ponzi, sehingga menyebabkan 30,000 pelabur kerugian lebih AS$7 bilion (sekitar RM21 bilion), semalam dikenakan hukuman penjara 110 tahun.
Pendakwa raya memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman penjara lebih 220 tahun dengan mengambil kira keseriusan jenayah dan jumlah kerugian dialami pelabur.
Skim itu dikategorikan sebagai salah satu daripada pelaburan terbesar di AS.
Di mahkamah, Stanford mempertahankan bahawa dia tidak pernah menganiayai atau menipu mana-mana pelabur.
Pada Mac lalu, dia didapati bersalah atas 13 daripada 14 tuduhan yang dibawa oleh pendakwa raya.
Hakim Mahkamah Daerah David Hittner berkata, perbuatan Standford adalah "jenayah penipuan paling besar."
Skim Ponzi Stanford berpusat pada operasi perbankan yang beroperasi di Caribbean.
Kira-kira 30,000 pelabur mengalami kerugian akibat pelaburan dalam Ponzi.
Panggilan Ponzi diambil sempena nama pendatang dari Itali, Carlos (Charles) Ponzi, yang mewujudkan skim di Boston dan Florida pada 1920-an.
Pemilik bank dari Texas ini menjadi perhatian di luar AS apabila terlibat dalam pertandingan kriket antarabangsa di United Kingdom dan Caribbean.
Apabila persaingan kriket Twenty20 goyah ketika masih di peringkat perjanjian, pihak berkuasa AS mula menjalankan siasatan ke atasnya.
Majalah Forbes menyenaraikan dia sebagai orang yang ke-605 paling kaya di dunia pada 2006.
Sejak ditahan pada 2009, dia menghabiskan masa di penjara kerana mahkamah enggan membenarkan dia diikat jamin.
Pendakwa raya menegaskan pihaknya tidak dapat memperoleh balik 92 peratus aset yang didakwa dimiliki oleh Stanford Internatioanl Bank.

No comments:

Post a Comment