Pages

Monday, June 18, 2012

Restoran hidang sup, sate buaya

Sunani Sulong menunjukkan sup dan sate buaya yang menjadi hidangan eksklusif di Taman Buaya Miri, Kuala Baram di Sarawak, semalam.
MIRI 17 Jun - Kejadian manusia dibaham buaya kerap kali dilaporkan dan menjadi buah mulut orang namun tidak ramai yang tahu, reptilia ganas itu juga sering menjadi santapan segelintir peminat makanan eksotik di bandar raya ini.
Taman Buaya Miri di sini, bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat haiwan tersebut malah sebuah restoran di situ turut menghidangkan daging buaya untuk dinikmati pengunjung seisi keluarga.
Pekerja restoran taman buaya itu, Sunani Sulong, 53, berkata, daging buaya di situ dihidangkan melalui tiga cara iaitu sup, sate dan masak kicap dengan harga berpatutan

No comments:

Post a Comment