Pages

Friday, June 15, 2012

Perogol ambil peluang web remaja bawah umur

SAN FRANCISCO: Satu aplikasi temu janji bagi telefon pintar, semalam menggantung akses kepada pengguna remaja selepas beberapa laporan kes rogol membabitkan pengguna bawah umur di Amerika Syarikat. 

Aplikasi dikenali sebagai Skout yang direka untuk perkhidmatan temu janji, mengambil keputusan itu selepas mendapati ia disalahguna dan ada remaja menjadi mangsa.
“Keselamatan masyarakat kita adalah perkara paling penting yang perlu diberi perhatian,” kata ketua eksekutif dan pengasas aplikasi, Christian Wiklund di dalam blognya semalam.
Beliau berkata, syarikatnya di San Francisco memantau dan menapis secara aktif bagi memisahkan pengguna berusia di bawah usia 18 tahun dan golongan dewasa. 

“Bagaimanapun, perkembangan terbaru menunjukkan bahawa kaedah ini nampaknya tidak memadai. Sejak kebelakangan ini kami dimaklumkan mengenai beberapa insiden termasuk beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna remaja. 

“Kami memikirkan dengan serius mengenai tindakan yang perlu dilakukan. Kami tahu Skout amat bermakna kepada golongan remaja dan mereka juga amat penting bagi kami. Buat masa sekarang hanya inilah saja cara yang boleh kami lakukan. 

“Untuk sementara, khidmat aplikasi ini akan digantung bagi mereka yang berusia kurang 18 tahun, sehingga kami dapat menghasilkan satu bentuk perlindungan lebih baik,” katanya. – AFP

No comments:

Post a Comment