Pages

Monday, June 4, 2012

Perancis sedia hantar tentera

myMetro | Perancis sedia hantar tentera: "SINGAPURA: Perancis tidak mengenepikan campur tangan tentera di Syria tetapi hanya jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi mandat untuk berbuat demikian.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Keselamatan Asia, di sini semalam, Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian juga menggesa Russia menarik balik sokongan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.


“Presiden Perancis (Francois Hollande) tidak menolak campur tangan tentera. Tetapi, ia mesti dengan mandat PBB ,” kata Le Drian pada Dialog Shangri-La.

Menteri Pertahanan Perancis itu juga berkata, Russia perlu faham bahawa masa depan Syria tidak boleh dipertimbangkan sekiranya Bashar masih lagi berkuasa.


“Sehingga itu, kita mesti meningkatkan tekanan, meningkatkan sekatan, menggerakkan pendapat umum dan memencilkan Bashar sebanyak mungkin serta menjadikan mereka yang masih menyokongnya hilang minat dan saya sudah tentu merujuk kepada Russia,” katanya.


Jumaat lalu, Presiden Russia, Vladimir Putin bertegas menolak tekanan terhadap pendirian Moscow berhubung tentangannya ke atas campur tangan tentera asing di Syria. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment