Pages

Saturday, June 2, 2012

Penunjuk perasaan tutup jalan ke parlimen


PASUKAN polis berkawal ketika penyokong baju kuning mengadakan bantahan berhampiran bangunan Parlimen di Bangkok semalam.


BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan telah menutup jalan-jalan menuju ke parlimen dalam usaha menggagalkan perbahasan berkaitan satu rang undang-undang yang dibimbangi akan membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk kembali ke negara tersebut.
Kira-kira 2,000 ahli pergerakan Baju Kuning yang tidak menyukai Thaksin menghalang jalan ke parlimen. Mereka tidak membenarkan hampir semua menteri yang dijadual membahaskan rang undang-undang perdamaian pergi ke parlimen.
Rang undang-undang itu akan memberi pengampunan kepada semua yang terlibat dalam keganasan politik dan salah laku mulai akhir tahun 2005 hingga pertengahan tahun 2010. Tempoh itu menyaksikan Thailand dicemari oleh pergolakan politik dan siri tunjuk perasaan.
Para pengkritik menyatakan rang undang-undang tersebut sebahagiannya dibuat bagi membenarkan Thaksin untuk kembali. Beliau kini tinggal dalam buangan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. - Agensi

No comments:

Post a Comment