Pages

Friday, June 8, 2012

PBB: Syria tidak patuh pelan damai

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kecewa kerana Kerajaan Syria tidak mematuhi pelan damai yang diusahakan oleh pihaknya dengan gandingan Liga Arab.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, bukti bahawa Kerajaan Syria mematuhi pelan damai amat kecil dan negara itu berhadapan dengan bahaya perang saudara.

Bercakap kepada pemberita selepas satu taklimat Majlis Keselamatan di sini, Ki-moon berkata, kemungkinan perang saudara di Syria tidak dapat dielakkan.

Sidang media itu diadakan selepas 78 orang terbunuh di tengah Syria manakala beberapa anggota kumpulan pemantau PBB di negara itu berhadapan dengan serangan pihak tertentu. Tiada anggota pemantau cedera dalam serangan itu, kata Ki-moon.

Dalam pada itu, Utusan Khas PBB ke Syria, Kofi Annan pula menegaskan, Majlis Keselamatan seharusnya mengenakan lebih banyak tekanan ke atas Damsyik agar mematuhi pelan damai.

No comments:

Post a Comment