Pages

Sunday, June 17, 2012

PBB gantung operasi pantau di Syria

PBB gantung operasi pantau di Syria
Jeneral Robert Mood
DAMSYIK - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggantung kesemua aktivitinya di Syria hari ini ekoran peningkatan keganasan sejak kebelakangan, beberapa hari selepas diperakui bahawa negara itu kini berada di kancah perang saudara.

Jeneral Robert Mood yang mengetuai Misi Pemantauan PBB ke Syria berkata, kadar keganasan bersenjata mengalami peningkatan secara mendadak sepanjang 10 hari lalu.

"Peningkatan ini mengehadkan keupayaan kami untuk memantau, membuat pengesahan dan membuat laporan selain menghulurkan bantuan dalam dialog-dialog tempatan dan kestabilan projek, pada amnya mengganggu keupayaan untuk melaksanakan mandat kami," katanya lagi.

Mood menyifatkan situasi semasa sebagai sangat berisiko tinggi.

Menurut Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria, kendalian pembangkang, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh hari ini.

Kerajaan pula mendakwa 27 askar dan anggota polis dikebumikan hari ini.

Pasukan pemantau PBB yang terdiri daripada 300 dihantar untuk memantau komitmen Presiden Bashar al-Assad dan pihak yang menentang kepimpinannya mematuhi pelan damai enam perkara, yang diusahakan oleh bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan.

Genjatan senjata dikuatkuasakan bermula 14 April lalu.

Kebangkitan rakyat menentang kepimpinan Bashar bermula lebih 14 bulan lalu.

No comments:

Post a Comment