Pages

Monday, June 18, 2012

Merintih hilang kaki

TARIK...orang awam membantu menarik motosikal mangsa yang terhumban.
TARIK...orang awam membantu menarik motosikal mangsa yang terhumban.

ALOR GAJAH: “Tolong carikan kaki saya, encik,” raung penunggang motosikal, P Ravindran, 51, kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) supaya mencari kaki kanannya yang terputus akibat bertembung sebuah kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Lesung Batu-Machap Umbo, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 menghala bandar hilang kawalan lalu bertembung Proton Persona.

Perlanggaran itu bukan saja menyebabkan mangsa yang berasal dari Karak, Pahang, putus kaki kanan, malah pahanya turut hancur selain patah kaki kiri.
Dia turut tercampak kira-kira 10 meter.


Anggota JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim, 24, berkata, dia dan dua rakan setugas melalui jalan berkenaan ketika ke Hutan Perca.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kami terkejut melihat seorang lelaki terbaring atas jalan dalam keadaan berlumuran darah sambil meraung meminta tolong.

No comments:

Post a Comment