Pages

Sunday, June 3, 2012

Marah keputusan kes Mubarak, rakyat demo

Marah keputusan kes Mubarak, rakyat demo - Global - Sinar Harian:

Marah keputusan kes Mubarak, rakyat demo
Ribuan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir membantah keputusan mahkamah khas dalam kes melibatkan Hosni Mubarak. - Foto ihsan Al-Jazeera
KAHERAH - Rakyat Mesir yang marah mula berhimpun di Dataran Tahrir di sini sejak malam tadi (waktu Malaysia) - beberapa jam selepas mahkamah khas menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak berhubung tindakannya berkonspirasi dalam pembunuhan lebih 800 penunjuk perasaan yang memprotes kepimpinan beliau tahun lalu.

Mereka turut marah dengan keputusan mahkamah membebaskan dua pegawai keselamatan yang turut dibicarakan.

Selain Hosni, hanya bekas Menteri Dalam Negeri dihukum penjara seumur hidup.

Hosni, dua anak lelakinya dan seorang ahli perniagan juga bebas tuduhan rasuah dan mengumpulkan kekayaan.
Berdasarkan keputusan mahkamah, empat pegawai Kementerian Dalam Negeri dan dua ketua keselamatan tempatan bebas daripada tuduhan bertanggungjawab atas kematian penunjuk-penunjuk perasaan.

Selain di Dataran Tahrir, perarakan protes juga diadakan di Iskandariah, Suez dan Mansoura.

Dataran Tahrir adalah lokasi utama demonstrasi awal tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan Hosni, yang memerintah Mesir selama 30 tahun
Penunjuk perasaan melaungkan slogan, "jahanam pemerintahan tentera" ketika mengadakan perhimpunan duduk bantah.
Keputusan mahkamah dan susulan tindakan memprotes ini dijangka akan memberi kesan ke atas pusingan kedua pemilihan jawatan Presiden Mesir bulan ini.
Dalam menjatuhkan hukuman ke atas Hosni dan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib El-Adluy semalam, Hakim Ahmed Refaat berkata, perbicaraan selama 10 bulan berjalan dengan adil.
Dalam kata-kata pembukaan, Ahmed berkata, era Hosni memimpin Mesir adalah satu tempoh 30 tahun yang "gelap" sambil menyifatkan mereka yang mengadakan demonstrasi tahun lalu sebagai hero negara.
Sebaik sahaja hakim membacakan keputusan pergelutan dan protes tercetus dalam mahkamah sehingga sesi prosiding ditangguhkan.

INTIPATI KEPUTUSAN MAHKAMAH SEMALAM:
Hosni Mubarak:
 Bersalah konspirasi membunuh penunjuk perasaan - hukuman penjara seumur hidup. Tidak bersalah tuduhan rasuah
Alaa dan Gamal Mubarak: Tidak bersalah tuduhan rasuah
Bekas Menteri Dalam Negeri,  Habib El-Adly: Bersalah konspirasi membunuh penunjuk perasaan - hukuman penjara seumur hidup
Empat pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri - Abd El Rahman, Adli Fayed, Ahmed Ramzy, Ismail al-Shaer: Tidak bersalah bersubahat, menghasut dan membantu perbuatan membunuh dan cubaan membunuh penunjuk perasaan
Hussein Salem, ahli perniagaan: Tidak bersalah atas tuduhan rasuah
Dua pengarah keselamatan  Greater Cairo, Osama al-Marassy dan Omar Faramawy: Tidak bersalah menyebabkan kerosakan ke atas harta benda Mesir dan ekonomi

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment