Pages

Saturday, June 2, 2012

Laman Facebook kena godam

GANGGUAN dialami laman Facebook, malam tadi.
GANGGUAN dialami laman Facebook, malam tadi.
NEW YORK: Seramai 900 juta pengguna Facebook mengalami gangguan perkhidmatan malam tadi selepas laman rangkaian sosial itu disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous.
Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam.
Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5).

Facebook mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu malam: “Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Ia kemudian diselesaikan dan semua orang tahu bagaimana untuk mengakses Facebook. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul.”

Bagaimanapun, kumpulan penggodam Anonymous menegaskan melalui akaun Twitternya mereka adalah dalang di sebalik gangguan itu dan ketika ditanya Facebook tidak menafikannya.

Sebelum itu, pada awal pagi semalam, anggota kumpulan Anonymous mendakwa bertanggungjawab atas serangan terhadap laman web Parti Nazi Amerika dan mengakibatkan perkhidmatan Internet kumpulan sayap kanan itu tidak dapat diakses. Bagaimanapun, laman itu beroperasi semula pada malam kelmarin.

Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna Facebook di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu.

Facebook terkenal kerana tidak mengalami gangguan besar, manakala pengguna Twitter sering mengalami sedikit gangguan ketika beroperasi.

Malah, sesetengah pengguna Twitter diingatkan mengenainya daripada filem pemenang Oscar, “The Social Network” yang menceritakan penemuan perkhidmatan gergasi Internet itu dari sebuah bilik asrama di Harvard.

“Biar saya beritahu anda perbezaan antara Facebook dan yang lain, kami tidak pernah mengalami gangguan,” kata Jesse Eisenberg yang memainkan watak Mark Zuckerberg dalam filem terbitan Aaron Sorkin itu. - DM

No comments:

Post a Comment