Pages

Tuesday, June 5, 2012

♥ KELEBIHAN ZIKIR ♥

♥ KELEBIHAN ZIKIR ♥

Para Ulama’ menggariskan beberapa kelebihan zikir, antaranya :

1. Mendapat keredhaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam diri.

2. Menimbulkan kejernihan dan kemanisan pada hati dan wajah.

3. Mendapat kasih saying, kecintaan serta keampunan daripada Allah s.w.t. serta dimurahkan rezeki.

4. Mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.

5. Menghampirkan diri kepada Allah serta membuka seluas-luasnya pintu masuk segala kebaikkan.

6. Menghalau dan mematahkan gangguan syaitan dan juga niat buruk seseorang terhadapanya.

7. Menghilangkan kerunsingan dan keresahan hati serta menjauhkan diri daripada segala kebimbangan dan ketakutan.

8. Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit-penyakitnya serta menghapuskan dosa dan maksiat kecil.

9. Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian malaikat.

10. Dapat merasakan kebesaran, keagungan, kehebatan dan kekuasaan kerajaan Allah.

11. Mendapat nur (cahaya) daripada Allah s.w.t. di dunia, ketika alam barzakh dan ketika melalui titian sirat kelak.

12. Menjadi pendinding dan perisai dari seksaan neraka.

Dari Majalah Iman Isu no 03

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Sharei

No comments:

Post a Comment