Pages

Thursday, June 14, 2012

KEHEBATAN TENTERA ISLAM DIBAWAH RUBAI B AMIR

KEHEBATAN TENTERA ISLAM
DIBAWAH RUBAI B AMIR

Diceritakan disatu ketika itu
tentera Islam hendak berperang
dengan tentera Parsi yang
hebat. Kekuatan tentera Parsi
dibawah Rajanya Rustam yang
dianggarkan seramai 120,000 –
125,000 orang manakala
tentera Islam dibawah Rubai bin
Amir dianggarkan hanya
seramai 20,000 sahaja.

Sebelum perang bermula maka,
Rustam pun mengarahkan
pengawalnya memanggil Rubai
ke istananya lalu seketika
kemudian datanglah Rubai
menghadap Rustam;

Dia masuk keistana Rustam
dengan menunggang kudanya
sehingga mengoyakkan
permadani istana itu. Beliau
masuk keistana tanpa tali
sandal, membawa pedang atau
tombak dengan menunggang
kudanya. Kuda itu masuk istana
Rustam dan memijak permadani
lantainya maka para pengawal
Rustam pun berdiri untuk
menangkapnya. namun Rubai
berkata dengan tenang:

”Saya bukan diutus untuk
menemui kalian, akan tetapi
kalianlah yang mengirim utusan
untuk mendatangkan saya. Jika
kalian tak menginginkan
kehadiran saya, maka saya akan
kembali”.

Lalu Rustam menegur kpd
pengawal-pengawalnya :
”Biarkanlah dia, kita yang
memerlukannya” Lantas Rubai
mengikatkan kudanya kepada
satu kerusi kebesaran yang ada.

Sementara Rustam berada
diatas singgasana emas,
sedangkan orang-orang Parsi
duduk. Rubai naik dan
kemudian duduk diatas kerusi
kebesaran yang ada. Bajunya
berlobang , tanah dan debu
mengotori singgasana emas.

Lalu Rustam bertanya kepada
Rubai:
“Apa yang membuatkan engkau
berani benar menghadapi
kami?” lalu dijawab oleh Rubai
bin Amir dengan penuh
bermakna,

“Kamu datang kesini dengan
berharap akan kembali untuk
menemui isteri-isteri kamu
tetapi kami datang kesini
dengan berharap kami akan
mati disini”

Kata-kata itu menyentap
keegoan Rustam seketika

Lalu ditanya lagi oleh Rustam
kepada Rubai bin Amir;
“Apa yang kalian bawa?”
Maka Rubai menjawab dengan
kata-kata yang masyhur yang
sering menjadi inspirasi bagi
orang-orang Islam yang
inginkan kemenangan Islam;

"Kami adalah kaum yang
diutuskan Allah untuk
mengeluarkan sesiapa yang
berkehendak daripada
penyembahan terhadap
hamba kepada Tuhan yang
Esa dan mengeluarkan
manusia daripada kesempitan
dunia kepada keluasan dunia
dan akhirat serta
mengeluarkan mereka dari
kezaliman agama-agama lain
kepada keadilan Islam”.


Begitulah kehebatan tentera
Islam dizaman keagungannya
satu ketika dahulu dan
muhasabahlah pada diri kita,
sejauh manakah sumbangan
kita kepada
Islam…..Subhanallah..





Sumber:
http://ady-sweetofrawdah.blogspot.com/2010/11/kehebatan-tentera-islam-dibawah-rubai-b.html?m=1

No comments:

Post a Comment