Pages

Monday, June 25, 2012

Hamas sedia laksana gencatan senjata dengan Israel

GAZA CITY: Hamas berkata, mereka bersedia menghentikan serangan merentasi sempadan dengan Israel selepas pegawai perubatan mengesahkan, tiga lagi penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara kelmarin.
Pemimpin Hamas, Ayman Taha, berkata pertubuhan itu serta pejuang Palestin lain akan menghormati gencatan senjata selagi rejim Zionis melakukan perkara sama. Katanya, Mesir juga mendesak mereka mengadakan gencatan senjata. “Rakyat Mesir menuntut tentera penjajah menghentikan keganasan dan kami diberitahu, mereka bersedia melakukannya,” katanya. Menurut Ayman, Hamas akan bertindak sejajar dengan apa yang dilakukan Israel. “Jika penjajah berhenti menyerang, tiada lagi serangan daripada kumpulan pejuang,” katanya. Sementara itu, sumber berkata, gencatan senjata diusahakan Mesir berkuat kuasa tengah malam waktu tempatan (jam 5 pagi waktu Malaysia). Sementara itu, media tempatan berkata, kedua-dua pihak tidak mahu ketegangan berterusan.

Presiden Russia, Vladimir Putin, dijangka memulakan lawatan rasmi melawat Israel dan Palestin hari ini.
Kelmarin, Hamas mengancam menamatkan gencatan senjata diumum Rabu lalu ketika tiga penduduk Palestin terkorban dan puluhan lagi cedera dalam tujuh serangan udara tentera Zionis.

Sejurus selepas pengumuman Ayman semalam, tujuh roket dilepaskan ke bandar Ashkelon di selatan Israel, tetapi semuanya dipintas sistem pertahanan Iron Dome. - AFP

No comments:

Post a Comment