Pages

Sunday, June 10, 2012

Gaddafi lenyap belalang juta pula muncul

Berita Harian Online | Gaddafi lenyap belalang juta pula muncul:
Foto
SEORANG penduduk di wilayah Afrika Timur hanya mampu memandang jutaan belalang di kawasan kediamannya.
Foto
DUA kanak-kanak melarikan diri daripada kumpulan belalang yang menyerang kawasan kediaman mereka di Afrika Timur.

Amaran ancaman serangga perosak bergerak dari Libya ke negara jiran

TRIPOLI: Kebangkitan penduduk Arab yang digelar ‘Arab Spring’ yang menyaksikan kejatuhan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya mungkin memberi kesan yang tidak disangka-sangka di rantau Afrika Timur.
Ini berikutan amaran pakar pertanian mengenai ancaman belalang juta yang bakal bergerak dari Libya ke negara jirannya.
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) memberi amaran, beratus ribu belalang membiak dan bergerak ke seberang sempadan yang tidak lagi dipantau kerajaan Libya berbanding ketika pemerintahan Gaddafi.

Pakar kini percaya, kawasan penanaman di Niger dan Mali kini terancam apabila kelompok belalang juta itu bergerak dari Libya dan Algeria.

Kemunculan serangga itu akan memberi bencana kepada ekonomi Mali dan Niger kerana ia berupaya memusnahkan kawasan tanaman besar dalam masa singkat. Dua negara itu terletak dekat Libya dan Algeria.

Keadaan itu disebabkan program kawalan serangga yang berkesan dilaksanakan ketika Gaddafi memerintah sudah lenyap sejak kematiannya. 
Pemimpin Libya itu dibunuh pemberontak pada Oktober tahun lalu menyebabkan beribu-ribu kilometer kawasan tanah tidak terjaga.

Serangga bersayap itu mampu makan dengan banyak setiap hari dan ia semakin banyak serta boleh hidup di seluruh Afrika Utara disebabkan faktor kematian Gaddafi.

Pegawai kanan peramal belalang juta FAO, Keith Cressman memberitahu akhbar Financial Times: “Kejatuhan Gaddafi memang faktor besar. Ia mengurangkan keupayaan Libya untuk memantau dan bertindak balas seperti biasa.”

Kawalan keselamatan di sempadan Libya kemudian banyak berkurangan di sempadan di antara Libya dan Algeria yang antara lain menyaksikan kegagalan menyembur racun bagi menghalang belalang juta mengganas.

Banyak kelompok belalang juta dilaporkan berkumpul sekitar Libya dan Algeria bulan lalu selepas hujan lebat yang membantu menghasilkan pokok yang menjadi makanannya.

Akhbar The Financial Times melaporkan, beberapa pasukan tempatan berjaya menyembur racun perosak itu di kawasan seluas 40,000 hektar di Algeria, and 21,000 hektar di Libya. – Agensi

No comments:

Post a Comment