Pages

Saturday, June 2, 2012

Cara Bloomberg perangi obesiti



CAWAN minuman ringan bersaiz (dari kiri) 0.21 liter, 0.47 liter, 0.95 liter dan 1.90 liter dipamerkan pada satu sidang media di New York kelmarin.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg kelmarin mengumumkan cadangan melarang penjualan minuman ringan dalam cawan bersaiz besar.
Larangan itu mungkin berkuat kuasa bermula pada Mac tahun depan.
"Negara ini berdepan masalah dengan penduduknya mempunyai berat badan berlebihan dan menjadi obes. Peratusan orang yang obes melonjak tinggi," katanya dalam satu wawancara oleh stesen televisyen MSNBC.
Larangan yang tidak memerlukan kelulusan dewan bandar raya itu akan menghadkan pek minuman soda tidak melebihi 16 auns (0.47 liter).
Sukatan lebih daripada satu minuman tin biasa, tetapi hanya separuh daripada saiz cawan paling besar seperti yang biasa diminum oleh orang ramai di pawagam, stadium dan kedai-kedai lain.
Penguatkuasaan bakal tertumpu di restoran makanan segera, kafe serta tempat-tempat hiburan awam seperti stadium.
Bagaimanapun, larangan tersebut tidak melibatkan minuman ringan yang dijual di pasar raya atau produk lain seperti buah-buahan, produk tenusu dan minuman keras. - AFP

No comments:

Post a Comment